Interior Designer tak berbayar

17:42

Memandangkan Mr B bercadang untuk renovate rumah baru sebelum berpindah masuk, aku telah dilantik dengan secara tidak rasminya untuk menjadi interior designer tidak berbayar untuk kamar beradu beliau. Kamar beradu saja ok, bukan keseluruhan rumah pun. 1 bilik ni pun dah bikin aku fening kepala taauuww. Mr B ni tak banyak songeh pun, katanya "Anggap lah bilik ni bilik u. 1 hari nanti u akan duduk dalam bilik tu, jadi rekalah sebaik dan secantik yang boleh. Yang penting, biarlah selesa dan sedap mata memandang." Lepas tu, aku pulak yang terlebih excited nak reka bilik tu jadi macam bilik idaman aku selama ni. Bilik tidur idaman aku mestilah ada bilik air, walk in wardrobe, dan sliding door untuk keluar ke balkoni. (drama siam banyak menyumbang idea). Nasib baik ruang yang diperuntukan tu mecukupi untuk merealisasikan impian aku. (ceh ayat skema pulak) Dapat pulak bilik depan tingakat atas (orang kata master bedroom).

Tanpa membuang masa, aku pun cari la program room planner online untuk turunkan idea aku dalam bentuk 3D. Sebab apa aku perlukan room planner?? Sebabnya aku xtau 18'x20' (keluasan bilik setelah di"finalised") tu besar mana (hehehe..dasar pandai mengukur). Program Sweet Home 3D banyak membantu aku dalam hal ni sebab program ni siap dengan ukuran dan sebagainya yang aku kira amat penting bagi beginner macam aku. Lukis punya lukis, akhirnya dapatlah bilik macam kat bawah ni :

First design. Masa ni aku dapat info keluasan bilik cuma 16'x20'. Design ni aku main dengan pintu, buka je pintu bilik, boleh masuk bilik air terus. Siapa pun boleh tumpang mandi..kekeke...Kalau view dari katil, pintu air akan terselindung, macam ok la kan. Then, aku punya idea, jamban mestila ada tembok dinding / cermin pengahadang, baru selesa. Bila aku present kat Mr B, dia cakap kat bahagian pintu agak sempit. Aku try buat design lain pulak. 

Aku buat bilik air segiempat pulak. Kedudukan jamban dan shower pun berubah. Dalam design ni, yang stay still adalah kedudukan katil, wailk in wardrobe, sofa dan sliding door. Kedudukan katil dan sofa xpe, nanti boleh ubah. yang penting bilik air tu kena finalised sebelum kerja2 memasang paip dijalankan, Paip kena pasang selaras dengan pembinaan dinding sebab nak sembunyi semua dalam dinding. Sekarang ni mana ada rumah yang nampak paip diluar dah kan.

Sebab sangat excited men"design", aku buat lagi 1 design bilik air. Tunjuk kat Mr B, dia pilih design yang last ni. Tapi ada sedikit perubahan apabila masa berputar, banyak lagi idea mencurah. Tapi aku dah malas nak lukis, cuma guna imaginasasi saja masa bgtau kat Mr B. Aku ingat nak buat sliding door kat walk in wardrobe, pastu pintu bilik air diubah ke dalam walk in wardrobe. maksudnya bilik air dalam gambar ni cuma pusing 90 darjah saja.

Masa bilik ni dibina, baru tau keluasannya 18'x20'. Ok la kan bertambah 2', jangan berkurang sudah. Tapi akhirnya terpaksa berkurang juga 3' kat bahagian sofa tu sebab  nak ambik lajak untuk tangga. xpe lah ambik bahagian tu je, x da efek apa2 sangat. Bilik air masa aku reka, 10'x8'. Mr B cakap luas terlebih, jadi dikurangkan kepada 8'x8', ngam2 je. Eh banyak pulak nombor kat sini, kalau korang tak faham, buat2 faham sudah lah...hehehe

Ok la nanti kita tunggu outcome sebenar jadi macam mana. Aku pun baru sekali sahaja berkesempatan melawat site. Masa aku pi hari tu baru siap simen bahagian dinding je. Sekarang dalam proses memasang tile. Tentang pemilihan tile akan publish next entry ok.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images