Weekend with baby Marissa
00:30
Bestnya hari nie leh main dengan baby marissa.. kakak aku ada mesyuarat, so aku volunteer nak jaga anak dia sebab hari ni kan aku off day... rindu betul kat budak bam bam ni... aku suka main dengan dia sebab dia x banyak bunyik... susah sangat nak dengar dia nangis...
Pagi2 lagi kak aku dah hnatar budak ni kat aku...masa sampai dia belum bangun lagi... elok mak dia balik, je di terus celik... aku ingatkan dia nak tido lagi, boleh la aku pun nak smbung tido... rupa2nya x... dia bangun main sampai penat aku layan... barang mainan dia x nak... dia suka main botol losyen, pen & kertas macam tu... aku kena tengok selalu, takut nanti dia ambik masuk dalam mulut..
haa ni la bukti budak ni suka main botol losyen...ni masa baru siap mandi... dia x suka pakai pampers n baju... menjerit2 dia bila aku nk pakaikan.. last2 aku give up.. sexy ye baby marissa... aku bagi dia minum susu, pastu dia lena...
khusyuk ye tido... meh auntie pakaikan pempers... badan dia dah gelap... aku syak masa dok dengan pengasuh, diorang x pakaikan baju kat dia... aku tengok 1 badan gelap tapi muka cerah... sebelum ni dia putih je... teciannya marissa...
hmm, siap pun... nasib baik dia x terjaga... tapi dia tido x lama... dalam 20 minit camtu je... bagun2 je dia terus tarik2 pampers, nak buang... aku kesian betul, tapi apa boleh buat...
ni muka marissa baru bagun tido... dah pandai senyum bila aku cakap nk tgkap gmbar dia... ee, comel nya...
aku buka kartun mickey mouse bagi dia tengok.. duduk diam je dia tengok kartun... senang jaga budak ni.. tapi aktif jugak lah... dah boring tengok kartun, dia nak belajar jalan pulak... penat aku kena ikut dia.. berpeluh2 tau... tapi apa2 pun aku cayang marissa... rindu pulak bila dia dah balik... T__T
0 comments